Badan wanita mengalami
kitaran haid secara
puratanya sebulan sekali.
Estrogen hanya dirembeskan
dalam hari ke10-12 kitaran
haid. Jika pengovulan
berlaku, maka progesteron
akan dirembeskan oleh ovari.
Pada hari ke-28, aras
kedua-kedua hormon tersebut
akan menurun dan
mengakibatkan pendarahan.
Akan tetapi, jika pengovulan
tidak terjadi, pendarahan
masih akan berlaku tetapi
aras estrogen tidak akan
diimbangi oleh progesteron.
Ini menyebabkan terjadinya
ketidakseimbangan hormon,
yakni tubuh badan mempunyai
aras estrogen yang mencukupi
tetapi kekurangan
progesteron.
Kebanyakan masalah kesihatan
berkaitan dengan
ketidakseimbangan hormon
adalah disebabkan
ketidakseimbangan estrogen
dan progesterone dalam badan.
Sebarang perbezaan ketara di
antara dua hormon ini akan
mengakibatkan kesan dramatik
pada kesihatan. Bagaimanapun,
jumlah hormon yang
dihasilkan berbeza setiap
bulan bergantung kepada
nutrisi, pencemaran, tekanan
dan ovulasi yang kurang.
Justeru, pemakanan dan
pencemaran adalah dua
penyumbang utama, yang
bertindak seperti bahan
kimia tiruan / menyamar
sebagai estrogen. Bahan ini
mempengaruhi tahap
keseimbangan hormon
semulajadi badan.
Unsur-unsur seperti bahan
kimia industri dalam makanan,
udara, air, logam-logam
berat, pengambilan pil
pencegah kehamilan,
penggunaan estrogen sintetik
HRT (Hormone Replacement
Therapy), racun
tumbuh-tumbuhan, racun
serangga perosak, plastik,
dan pelbagai jenis racun
lain, estrogen tiruan yang
masuk ke dalam sistem badan.
Kesemua faktor ini
menyumbang kepada
bertambahnya tahap estrogen,
hingga berlebihan dan
wujudnya tanda-tanda
ketidakseimbangan hormon.
Fakta Berkenaan Estrogen:
- Merupakan hormon
kewanitaan yang dirembes
oleh ovari. Akan tetapi,
sebahagian kecilnya juga
disimpan dalam sel lemak.
- Merupakan hormon
yang mengawal kitaran
haid.
- Memainkan peranan
penting dalam
perkembangan seks.
- Membantu menyediakan
rahim untuk kehamilan.
- Mempengaruhi sel
tubuh.
- Arasnya menurun
dengan peningkatan umur.
- Membantu
mengurangkan risiko
osteoporosis dan
serangan sakit jantung.
- Memperbaiki kulit,
mengurangkan kekeringan
faraj dan awet muda.
|