|
|
Apakah Kelenjar Prostat? |
 |
|
1) Apakah sebenarnya
Kelenjar Prostat? |
|
Kelenjar prostat ialah organ
lelaki yang unik. Ia
merupakan kelenjar
auksiliari terbesar dalam
organ pembiakan lelaki.
Fungsi utama kelenjar
prostat ialah seperti
berikut:
- Membentuk rantau
prostat dan mengawal
pembuangan air kencing
- Mengangkut kandungan
dari vesikel semen dan
hasil dari tiub kelenjar
ke salur perkumuhan
- Menghasilkan cecair
prostat
|
|
|
2) Jenis-jenis
radang kelenjar
prostat |
|
|
Masalah kelenjar prostat
boleh dibahagikan kepada
hiperplasia prostat,
prostatitis akut,
prostatitis bakteria kronik,
prostatitis bukan baketeria
kronik dan kanser prostat. |
|
|
3) Mengapa kelenjar
prostate
mengakibatkan
masalah? |
|
|
Saiz kelenjar prostat adalah
sebesar sebiji buah berangan,
yang disambung serentak
dengan pundit kencing, dubur,
bahagian organ jantina,
saluran kencing dan juga
15-30 saluran kelenjar
prostat yang bersambung
dengan saluran kencing.
Bakteria bukan sahaja boleh
menjangkiti terus melalui
darah tetapi juga boleh
berjangkit melalui saluran
kencing yang berhubung
melalui nodus limfa dan
kelenjar prostat. Bakteria
daripada saluran kencing
juga berjangkit dari saluran
perkumuhan prostat sehingga
kelenjar prostat dan
menyebabkan akut dan kronik
dari segi keradangan dan
pengembangan prostat. Selain
itu, kelenjar prostat juga
akan menyebabkan tumor,
kalkulus, jangkitan cacing
dan sebagainya. Oleh itu,
sebenarnya kelenjar prostate
merupakan satu persekitaran
baik untuk penyakit prostat
berlaku. |
|
|
4) Apakah penyebab
pengembangan prostat
yang utama? |
|
|
Kebiasaannya pengembangan
prostat terjadi akibat
ketidakseimbangan hormon
lelaki, penuaan, keturunan,
cara pemakanan yang tidak
sihat (merokok & pengambilan
akohol), dijejaskan oleh
toksin atau penceraman logam
berat dan lain-lain penyakit. |
|
|
5) Apakah antara
empat jenis simptom
keradangan prostate? |
|
- Kesakitan
Pada organ jantina, buah
pelir, bahagian bawah
perut, uretra, bahagian
pinggang, dubur,
belakang perut, zakar
dan sebagainya.
- Salur kencing
Kerap membuang air
kencing, pembuangan air
kencing yang tidak lawas,
sisa air kencing, rasa
panas pada bahagian
saluran air kencing,
kesukaran semasa
membuang air kencing dan
air kencing berwarna
kuning.
- Keinginan seks
dan organ seks
Cecair keputihan atau
rembesan lendir serta
sisa mani, pancutan
pramatang, darah dalam
mani, kesukaran semasa
pancutan dan kekurangan
dorongan seks.
- Simptom berkaitan
dengan mental
Kekurangan tenaga,
tekanan mental, kurang
daya ingatan, kurang
keyakinan diri.
|
|
|
6) Apakah masalah
yang wujud dari
kelenjar prostat
yang mengembang?
Adakah ia sangat
serius? |
|
Kelenjar prostat yang
mengembang mungkin
menyebabkan kesakitan semasa
proses pembuangan air kecil
dan kemungkinan bermasalah
dengan fungsi seksual.
Masalah lazim yang berkaitan
dengan kelenjar prostat
tersenarai di bawah.
- Masalah Pundi
Kencing
Kelenjar prostat yang
mengembang boleh menekan
uretra, menghalang
pengaliran air kencing
yang mungkin
mengakibatkan uremia,
fungsi pundi kencing
terganggu dan pundi
kencing meletus dan
pecah dalam sesetengah
kes yang serius. Selain
itu, kelenjar prostat
yang mengembang juga
beransur-ansur boleh
menyebabkan pembuangan
air kencing yang tidak
terkawal apabila anda
terasa ingin membuang
air kecil atau sedikit
penekanan yang ringan ke
atas bahagian bawah
abdomen. Ini boleh
mengakibatkan tekanan
mental pada pesakit,
kerana keadaan
pembuangan air kencing
yang tidak terkawal ini
boleh berlaku mana-mana
sahaja terutama sekali
di tempat awam. Ini akan
menjejaskan ego dan
maruah pesakit.
- Masalah Ginjal
Masalah dengan ginjal
adalah secara tidak
langsung. Kelenjar
prostat yang mengembang
boleh menyebabkan
pengumpulan air kencing
berlebihan dalam pundi.
Selepas satu jangka masa
yang panjang, jangkitan
mungkin berlaku di
bahagian pundi. Ini
seterusnya boleh
menjejaskan saluran air
kencing dan akhirnya
menjadi punca kepada
jangkitan ginjal atau
gangguan fungsi ginjal.
- Barah Kelenjar
Prostat
Jika masalah kelenjar
prostat mengembang ini
tidak dikawal dengan
baik, kesan pengembangan
ini mungkin membawa
kepada barah kelenjar
prostat. Barah kelenjar
prostat merupakan
pembunuh pertama untuk
lelaki khasnya mereka
yang tua, mencapai 21%.
- Masalah dengan
Fungsi Seksual
Kelenjar prostat yang
mengembang boleh
menyebabkan kesukaran
semasa melakukan
hubungan seks seperti
kesakitan semasa
ejakulasi, darah dalam
air mani,
ketidakfungsian erektil
dan sebagainya. Selepas
mengeluarkan kelenjar
prostat atau selepas
rawatan barah kelenjar
prostat, pesakit mungkin
mengalami masalah
seksual tertentu dalam
dua tahun berikutnya
khasnya masalah ereksi.
|
|
|
7) Adakah masalah
kelenjar prostat
membawa maut? |
|
|
Biasanya, kecenderungan
kelenjar prostat mengembang
semakin meningkat selepas
umur 40 tahun. Ini
sememangnya membawa banyak
masalah dan kerisauan kepada
komuniti lelaki dalam
lingkungan umur ini. Jika
masalah kelenjar prostat ini
tidak dijaga atau dikawal,
ia mungkin membawa kepada
mutasi barah dan
mengakibatkan barah kelenjar
prostat. Barah kelenjar
prostat tidak mempunyai
simptom yang ketara. Justeru,
ramai orang yang hanya akan
mengetahuinya pada peringkat
terakhir dan mengakibatkan
kehilangan nyawa yang begitu
berharga. |
|
|
8) Cara rawatan
perubatan terhadap
kebengkakkan prostat |
|
- Menggunakan Dadah
Perubatan – Alpha bloker
- Pembedahan – TURP
* Walaubagaimanapun,
keputusan menunjukkan bahawa
sama ada melalui ubatan atau
pembedahan, kedua-duanya
mempunyai kesan sampingan. |
|
|
9) Bagaimanakah So
Young mampu
memperbaiki masalah
kelenjar prostat? |
|
|
Asid amino L-arginina yang
terkandung dalam So Young
meningkatkan nitrik oksida
yang mampu membantu dalam
proses ereksi. Ia juga
menambahkan aliran darah
yang dapat melicinkan tisu
otot dalam organ pembiakan
lelaki. |
|
|
10) Apakah
keistimewaan herba
Cynomorii? |
|
|
Herba Cynomorii mengandungi
antosianin, glikodisa,
tritepenoid saponin dan
lignin. Kajian farmakologi
awal membuktikan herba ini
berkesan untuk rawatan mati
pucuk. Kajian juga
menunjukkan hormon berupaya
menurunkan tekanan darah dan
memperbaiki peredaran darah. |
|
TOP |