|
Perihal Dynasty Worldwide |
 |
|
Peluang Kerjaya
Sepanjang Hayat-
Istimewa untuk SEMUA! |
|
Dynasty Worldwide merupakan
sebuah syarikat pemasaran
rangkaian yang luar biasa!
Selain menawarkan peluang
perniagaan yang terbaik dan
terunggul di seluruh dunia,
Dynasty Worldwide juga
bertekad mempelbagaikan
rangkaian pemasarannya dalam
bidang lain seperti
pelaburan harta tanah, pusat
peranginan, rangkaian pasar
raya dan sebagainya untuk
membantu
pengedar-pengedarnya membina
kerjaya yang lebih kukuh.
Konsep sebegini belum pernah
lagi dilaksanakan oleh
mana-mana pengusaha dalam
industri pemasaran rangkaian.
Dengan erti kata lain,
Dynasty Worldwide adalah
peneraju yang mempelopori
konsep sebegini!
Demi mendahului yang lain,
Dynasty Worldwide telah
mendapatkan khidmat nasihat
pakar perunding yang
terulung dalam industri ini
untuk merancang segala
strategi pembangunan serta
perkembangan semasa syarikat;
melantik seorang jurulatih
yang bertaraf antarabangsa
untuk membimbing pengedarnya;
mengambil perkhidmatan pakar
pengurusan bertaraf dunia
demi mempertingkatkan serta
mengukuhkan lagi pengurusan
syarikat, dan sering
mendapatkan kaedah-kaedah
inovatif, sama ada dari segi
teknologi atau strategi,
untuk memberi sokongan yang
terbaik kepada pengedarnya.
Komitmen kami adalah
“kejayaan anda adalah
keutamaan kami” .
Selepas setahun penubuhannya,
Dynasty Worldwide telah
membelanjakan lebih daripada
RM15 juta untuk membayar
bonus kepada para
pengedarnya dan promosi.
Kerjaya ini memberi harapan,
merealisasi impian serta
mengubah kehidupan bagi
beratus-ratus pengedarnya.
Kami membuktikan diri kami
mampu mencipta keajaiban
dalam industri ini. Juga,
kami percaya bahawa kami
akan terus berjaya dengan
cemerlang bersama
beribu-ribu pengedar yang
bakal menyertai Dynasty
Worldwide.
Kami tahu ANDA akan menjadi
antara pemimpin yang berjaya!
Kami memahami keperluan
serta cabaran yang anda
hadapi sekarang ekoran
krisis ekonomi sedunia yang
berlaku - banyak perniagaan
telah ditutup, ramai yang
telah kehilangan pekerjaan
dan ada juga berhutang
keliling pinggang. Kami juga
sedia maklum yang ianya
menjadi semakin sukar untuk
membuka pasaran baru dengan
ekonomi sedunia yang tidak
menggalakkan masakini.
Sungguhpun demikian, Dynasty
Worldwide masih terus maju
ke hadapan. Salah satu sebab
utama kejayaan Dynasty
Worldwide adalah kerana kami
sentiasa bersiap sedia
dengan komponen dan
memberikan sokongan yang
terbaik kepada para
pengedarnya.
SEKARANG adalah masa yang
paling bagus dan sesuai
sekali untuk anda bertindak
kerana pada ketika inilah
orang ramai berlumba-lumba
merebut peluang untuk
mengukuhan ekonomi mereka.
Dynasty Worldwide bukan
sekadar mengalu-alukan
penyertaan anda, malah kami
sudah menyediakan satu
peluang perniagaan yang
istimewa untuk anda mencipta
kecemerlangan dan kejayaan
bersama kami. Selain
membantu diri sendiri, anda
juga berpeluang membantu
yang lain merealisasikan
impian serta mencapai
kebebasan kewangan.
SEKARANG adalah masa yang
paling bagus dan sesuai
sekali! |
|
|
|
Sewaktu
dulu, sistem Jualan Langsung
Bertingkat (MLM) yang diguna
setahun lalu masih lagi
berhasil selepas setahun
perlaksanaannya. Malangnya,
tetapi bukan negatif,
keadaan sebegini tidak lagi
wujud sekarang!
Kini tibalah masa untuk
perubahaan dan ia
sememangnya banyak
memberikan kita kejutan, ada
yang bagus dan ada pula
buruk. Hanya segelintir
pengedar berjaya namum
majoritinya adalah gagal.
Kita juga dapat perhatikan
jumlah orang yang menyertai
industri MLM ini telah
mencipta rekod tertinggi
berbanding dahulu tetapi
bilangan orang yang
menghadiri Seminar Kerjaya
dan Produk (OPP) pula
mencatatkan rekod terendah.
Suasana masyarakat hari ini
yang kurang bersabar, tegang,
kecewa dan tidak mempercayai
sesama sendiri telah
menyebabkan orang ramai
lebih berhati-hati dan syak
wasangka, keliru serta
ketidakyakinan terhadap
industri ini.
Oleh sebab yang demikian,
kita semua hampir terlupa
pada kemuliaan serta
kepositifan asas penubuhan
MLM, yakni, semua orang
berpeluang menjana kekayaan,
merealisasi impian
masing-masing, mencapai
kebebasan kewangan serta
kebebasan luar biasa di mana
kita dapat bersara awal
dengan kekayaan luar biasa.
Adakah ini hanya janji-janji
kosong? Pernahkah seseorang
berjaya mencapainya?
Sememangnya industri MLM
sedunia sangat berpotensi
dengan nilai beribu-ribu
juta dolar. Namun, seperti
industri lain contohnya
perkilangan, penjualan
runcit tradisi, pelaburan
kewangan ataupun pembankan,
kita dapat meneliti dua
fakta yang tidak dapat
dipertikaikan. Pertama,
hanya minoriti yang berjaya,
bukan majoriti; kedua,
setiap industri apabila tiba
masanya, perlu berdepan
dengan perubahan atau krisis
yang berlaku.
Jadi, apakah maksud
sebenarnya? Apakah industri
ini telah kehilangan nilai
kewujudannya? Ataupun
langkah pengawalan serta
penyesuaian harus
dilaksanakan demi
memperkukuhkan lagi industri
ini? Jawapannya jelas, iaitu
pengawalan dan penyesuaian.
Persoalan yang harus kita
tanya pada diri kita ialah
disiplin serta penyesuaiaan
yang bagaimana harus kita
salurkan ke dalam kehidupan
serta kerjaya kita demi
untuk masa depan yang lebih
cerah dan terjamin?
Adakah Dynasty Worldwide
memiliki sebarang asas yang
menyakinan untuk mencapai
matlamat kita?
Ya! Tidak diragukan D.W.
mempunyai produk-produk yang
unik dan berkesan di mana
kebanyakan penggunanya akan
kembali lagi untuk membeli
produk-produk ini selepas
mencubanya.
Tidak diragukan D.W.
memiliki pelan pemasaran
yang mendatangkan ganjaran
lumayan. Ia ringkas, mudah
difahami serta sangat
menguntungkan. Dengan hanya
kurang daripada 3 minit,
anda dapat memahami
kandungannya dengan jelas.
Berbanding dengan pelan
pemasaran biasa, anda boleh
dapat ganjaran maksimum
walaupun hanya dengan menaja
beberapa orang ahli sahaja
dalam yang masa singkat.
Seterusnya anda akan
menikmati ganjaran tertinggi
yang berterusan daripada
organisasi yang terus
berkembang. Dan yang paling
istimewa, anda juga
berpeluang menjana
pendapatan dari
negara-negara lain.
Tidak diragukan pasukan
pemasaran D.W terdiri
daripada pemimpin-pemimpin
yang telah mencipta rekod
cemerlang dalam industri ini,
berwibawa serta memiliki
lebih 10 tahun pengalaman
dalam industri ini. Yang
penting sekali, mereka
bersedia membantu dan
bekerjasama dengan anda
dengan hati yang jujur dan
tulus demi untuk kejayaan
anda.
Tidak diragukan jurulatih
MLM D.W iaitu Master Huang,
antara yang terkenal di
dunia, berkeupayaan
mengilham serta membimbing
anda dan rakan kongsi anda
sehingga mencapai kejayaan
cemerlang, sama ada secara
perseorangan atau
berkumpulan. Master Huang
juga telah mencipta banyak
rekod kejayaan yang besar,
samada di dalam dan juga di
luar negeri.
Tidak diragukan selaku
pengasas Dynasty Worldwide,
kami berpegang teguh pada
misi syarikat iaitu membantu
orang ramai mencapai
kesihatan optimum dan
kebebasan kewangan. Justeru
itu, Kami membawa masuk
pakar nasihat yang terbaik,
jurulatih antarabangsa yang
terkenal, dan pasukan
pengurusan yang bertaraf
dunia demi untuk memastikan
kami sentiasa menyediakan
komponen dan sokongan yang
terbaik untuk kejayaan anda
dalam industri ini. Inilah
komitmen kami kepada semua
pengedar syarikat!
Wahai rakan kongsi dan
pengedar Dynasty Worldwide,
sepanjang perjalanan kita
untuk menuju kejayaan, satu
perkara paling penting yang
kita harus selalu ingat
bukanlah mengharap supaya
tiada rintangan atau cabaran
yang menduga di sepanjang
perjalanan itu tetapi untuk
tidak mudah putus asa.
Cabaran terbesar kita
bukanlah apabila kawan atau
prospek mengatakan “tidak”
kepada kita, tetapi kita
jangan mudah berputus asa
atau berasa kecewa bila
menghadapi ringtangan. Kita
harus sentiasa ingat “cuba
dan jatuh” bukanlah bererti
gagal, tetapi jikalau “jatuh
dan terus berhenti” itulah
erti kegagalan kita yang
sebenar. Tidak mengapa jika
kita jatuh sekali, dua kali
atau lebih kerana itu adalah
tidak penting. Harapan tidak
dikurniakan kepada mereka
yang tidak pernah jatuh
manakala kejayaan itu hanya
menanti mereka yang tidak
mudah putus asa walaupun
mereka jatuh namun bangun
semula untuk meneruskan
perjalanan dengan penuh
harapan dan impian.
Dengan erti kata lain,
inilah yang boleh kami
janjikan: kami telah
merancang satu perjalanan
yang menarik dan
menguntungkan. Kami juga
telah sediakan kenderaan
berserta pemandu untuk anda
menuju ke destinasi. Apa
yang harus anda lakukan
ialah menaiki kenderaan
berkenaan dan mengikut jejak
langkah mereka yang telah
berjaya. Sungguhpun anda
bakal menghadapi cabaran
besar dalam perjalanan ini,
anda masih boleh
mengharapkan ia adalah satu
perjalanan yang banyak
memberikan hasil dan
menguntungkan. Namum ini
adalah bergantung kepada
daya usaha dan komitmen anda
sendiri. Kami amat percaya
kita akan berjaya dalam
industri ini jikalau kita
berganding bahu! |
|
|
Kumpulan Dynasty
Worldwide –
Pengenalan |
|
Dynasty
Worldwide ditubuhkan pada
tahun 2008 di Malaysia dan
telah berjaya mencipta rekod
jualan cemerlang sebanyak
RM5,000,000 selepas sebulan
beroperasi dan ini telah
menyenaraikan kami antara
syarikat pemasaran rangkaian
yang berkembang paling pesat.
Dynasty Worldwide menawarkan
platform perniagaan moden
yang terunggul di dunia
untuk para pengusahanya
dengan azam untuk betapak di
seluruh Asia hari ini dan di
pasaran seluruh sedunia
kelak.
Buat pertama kali dalam
sejarah industri MLM,
Dynasty Worldwide telah
mereka satu model perniagaan
yang begitu menarik dan luar
biasa, yakni menggabungkan
elemen-elemen unik francais,
jualan runcit tradisi, kedai
rantaian, e-dagang serta
program pemasaran sedunia
dalam satu sistem perniagaan
yang istimewa. Model
perniagaan ini dijangka akan
menjadi aliran baru dalam
industri ini pada masa depan.
Empat faktor utama
menentukan permulaan yang
berjaya: produk yang
berkesan, ganjaran pemasaran
yang mudah dan cepat
diperolehi, sokongan penuh
daripada barisan hadapan dan
bahagian pengurusan syarikat,
mempunyai pengasas yang
berpengalaman, berjaya dan
berkeutuhan.
Kami amat percaya Dynasty
Worldwide akan menarik lebih
ramai lagi usahawan yang
ingin berjaya seperti anda
menyertai kami. Marilah kita
berusaha bersama-sama
mengejar kejayaan yang tidak
ada hadnya! |
|
TOP |
|
 |
|
|