Program Gabungan Pelbagai
Hak Milik Perniagaan
merupakan satu ciri istimewa
yang membezakan Dynasty
Worldwide daripada
siangannya. Di bawah program
ini, semua rakan kongsi dan
pengedar syarikat dapat
memperkukuhkan perniagaan
mereka dengan cara melabur
dalam pelbagai bidang
perniagaan syarikat yang
lain, yang mana pada
kebiasaannya pengedar tidak
dibenarkan memegang sebarang
syer kecuali pemilik
syarikat.
Bagi kebanyakan syarikat,
apabila perniagaannya
berkembang maju dan mendapat
keuntungan serta modal yang
mencukupi, mereka akan
mempelbagaikan perniagan
syarikat dengan melabur
dalam bidang lain contohnya,
harta tanah, pusat
peranginan, perhotelan,
kedai rantaian, francais dan
sebagainya. Dalam kes ini,
hak milik perniagaan
berkenaan hanyalah tertakluk
kepada pemilik syarikat dan
pengedar tidak dibenarkan
mengambil bahagian dalam
pelaburan tersebut.
Berlainan pula di Dynasty
Worldwide, kami membuka
peluang ini kepada semua
pengedar syarikat. Dengan
yang demikian, mereka dapat
berkongsi bersama syarikat
atas kemajuan dan keuntungan
yang dijana daripada
pelbagai bidang perniagaan
lain, yang mana agar sukar
bagi perseorangan melibatkan
diri dalam pelaburan
sebegini kecuali dia
memiliki modal yang besar.
Lebih menarik lagi jika anda
berjaya menaja individu yang
berpotensi menyertai program
ini, anda akan berpeluang
meluaskan jaringan kerjaya
anda dalam perbagai bidang
dan pada masa yang sama,
anda boleh menjana
pendapatan daripada pelbagai
sumber perniagaan yang mana
kebiasaannya ia hanya boleh
dinikmatii oleh syarikat
besar atau golongan yang
kaya-raya sahaja.

“Membolehkan orang biasa
menikmati pelbagai sumber
pendapatan seperti syarikat
besar dengan melabur dalam
pelbagai bidang perniagaan.” |