Laman Utama > Produk > Tenaga Kosmo
  Print   Bookmark
Pengenalan
Bola Pembersih Sayur-sayuran
Bio-Seramik Penjagaan Kesihatan
Inspiration Guider
Herb-Poultice (XL) Pelindung Lutut
Cosmo Tenaga Pendeklorinan Semulajadi
Loket Cosmo Energy
Imperial Water
 
Cosmo Energy Bola Pencuci
Batu Rawatan SPA
Cosmo Energy Sarung Kaki Kesihatan untuk Lelaki dan Wanita
Penghalang Gelombang Elektromagnetik
Pelembut Air
Cosmo Energy Kit Pancuran SPA
Bola Pembersih Sayur-sayuran
 
KESIHATAN

Kemajuan teknologi telah mencipta persaingan yang lebih sengit dipasaran pada hari ini. Demi bersaing dalam pasaran, ramai petani menggunakan racun rosak, antibiotik dan bahan kimia untuk menghasilkan produk yang dapat menarik minat pengguna. Walaupun cara tersebut dapat membantu dari meningkatkan produksi, namun bahan kimia pada sayur-sayuran dan daging boleh mengancam kesihatan pengguna untuk jangkamasa panjang. Dengan ketertelapan dan kuasa gerakan yang kuat, Bola Pembersih Sayur-sayuran boleh menguraikan dan membuang bahan kimia yang berbahaya. Ini dapat mengembalikan zat makanan yang semulajadi dan membekalkan khasiat terbaik kepada badan kita.

 
KESEGARAN

Cara hidup masyarakat kini yang begitu sibuk telah mengubah tabiat pemakanan harian kita. Untuk menjimatkan dan memanfaatkan masa dengan lebih baik, kebiasaannya kita akan membeli bahan masakan atau menyediakan makanan untuk seminggu dalam sekali gus tanpa menyedari bahawa kesegaran makanan akan hilang dengan segera. Oleh sebab itu, tidak kira mahupun makanan mentah atau makanan masak, pasti akan menghadapi masalah penyimpanan. Bola Pembersih Sayur-sayuran boleh memanjangkan tempoh kesegaran makanan dan mencegah makanan daripada berubah warna atau menjadi basi dengan mudah.

 
KEENAKAN

Berikutan perubahan zaman, pertanian yang merupakan aktiviti utama di kawasan bandar suatu ketika dahulu, kini telah ditempatkan semula di kawasan luar bandar secara beransur-ansur. Oleh sebab itu, kesegaran dan keenakan bahan makanan yang dibekalkan kepada kawasan bandar tidak dapat dikekalkan sepanjang proses pengangkutan. Namun begitu, penggunaan Bola Pembersih Sayur-sayuran boleh mengekalkan kesegaran dan keenakan yang semulajadi. Adanya Bola Pembersih Sayur-sayuran, anda masih boleh menikmati kemanisan dan keenakan semulajadi buah-buahan dan sayur-sayuran serta ikan yang tidak berbau hanyir.

 
KEISTIMEWAAN
 
Ia diperbuat daripada bio-seramik yang dibakar dengan batu logam semulajadi yang mengandungi lebih 70 jenis unsur surih. Dengan ion positif, frekuensi gerakan setinggi 299,000kc/saat dan ketertelapan sebanyak 13-15sm, ia boleh merangsang penguraian sebatian air besar kepada sebatian air lebih kecil yang mudah diserap oleh badan manusia. Teknologi yang berasaskan prinsip fiziks yang asli ini membolehkan kita menikmati makanan yang segar dan sihat tanpa was-was.
PANDUAN PENGGUNAAN
 
  1. Sayur-sayuran dan buah-buahan: Masukkan Bola Pembersih Sayur-sayuran ke dalam besen dan isikan sebanyak 3-5 liter air paip. Biarkannya selama 5 minit, kemudian keluarkan bola pembersih. Ia akan menghapuskan klorin dalam air dan menguraikan sebatian air yang besar kepada sebatian air yang kecil. Masukkan sayur atau buah dan rendamkannya selama 5 minit. Kemudian, cucikan selama 2-3 minit dan buangkan air itu. Ulangi proses yang sama sekali lagi. Ini dapat mengurangkan racun perosak, logam berat, nitrat dan bahan tambahan kimia bagi mencapai standard antarabangsa dan memanjangkan tempoh kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan.

  2. Makanan laut dan daging: Masukkan Bola Pembersih Sayur-sayuran ke dalam besen dan isikan air paip sebanyak 3-5 liter. Biarkannya selama 5 minit, kemudian keluarkan bola pembersih. Masukkan ikan atau daging dan rendamkan selama 10 minit. Kemudian, cucikan selama 2-3 minit dan buangkan air itu. Rendamkannya sekali lagi selama 5 minit, kemudian cucikan lagi selama 2-3 minit. Ini dapat menghapuskan bau hanyir dan antibiotik serta mengurangkan sisa toksin.

  3. Sayur, buah dan daging berproses: Ikut cara penggunaan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia boleh menghapuskan sisa bahan pengawet dan bahan tambahan kimia dalam sosej, bebola ikan dan sebagainya.
KANDUNGAN
 
  • Bola pembersih: Ia diperbuat daripada bio-seramik yang dibakar dengan batu logam semulajadi dan pil pendeklorinan kalsium sulfit yang diimport dari Jepun.

  • Bola Pendeklorinan: Pil pendeklorinan kalsium sulfit yang diimport dari Jepun.

TEMPOH PENGGUNAAN
 
  • Pembersih Sayur-sayuran boleh digunakan untuk tempoh waktu selama 5 tahun. Pil pendeklorinan boleh mengendalikan 5,000 liter air (lebih kurang penggunaan air untuk 6 bulan). Apabila pil pendeklorinan sudah tepu, anda boleh membeli bola pendeklorinan yang baru daripada syarikat kami sebagai gantian.

  • Setiap pil pendeklorinan dalam bola pendeklorinan boleh mengendalikan 1,000 liter air paip (lebih kurang penggunaan air untuk 1 bulan).

AWAS
 
  1. Apabila menggunakan bola pembersih pada kali pertama, rendamkan bola pembersih ke dalam air selama 1 minit terlebih dahulu agar air boleh menembusi pil pendeklorinan bagi mencapai kesan terbaik.

  2. Jika bola pembersih direndamkan bersama sayur dan buah, ia akan bertukar kepada warna hitam selepas penggunaan untuk jangka masa yang panjang. Bagi mengelakkan pil pendeklorinan daripada rosak, elakkan merendam bola pembersih dalam air suam yang melebihi daripada 30°C.

TOP