Laman Utama > Produk > Tenaga Kosmo
  Print   Bookmark
Pengenalan
Bola Pembersih Sayur-sayuran
Bio-Seramik Penjagaan Kesihatan
Inspiration Guider
Herb-Poultice (XL) Pelindung Lutut
Cosmo Tenaga Pendeklorinan Semulajadi
Loket Cosmo Energy
Imperial Water
 
Cosmo Energy Bola Pencuci
Batu Rawatan SPA
Cosmo Energy Sarung Kaki Kesihatan untuk Lelaki dan Wanita
Penghalang Gelombang Elektromagnetik
Pelembut Air
Cosmo Energy Kit Pancuran SPA
Pelembut Air
 
Spesifikasi
 
  1. Badan: Keluli tahan karat

  2. Turas: Resin pertukaran kation Bayer Jerman (sijil jaminan kualiti dan keselamatan yang diluluskan oleh NSF、BSI、EPA、FDA、SGS)

  3. Berat badan: 3.5~3.7kg

Objektif
 

Kekerasan air merujuk kepada kandungam karbonat, bikarbonat, klorida, sulfat, nitrat, kalsium, magnesium, besi dan aluminium. Ia juga mengandungi sejumlah kecil unsur surih yang berbahaya seperti merkuri, kadmium, arsenik dan plumbum. Kekerasan air diukur berdasarkan kandungan kalsium karbonat dalam air. Apabila kandungan kalsium karbonat tidak melebihi 150mg/L, ia ditentukan sebagai air lembut. Manakala kandungan kalsium karbonat yang melebihi 300mg/L pula ditentukan sebagai air keras.

Jika kandungan ion mineral dalam air terlalu tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium, ia akan menyebabkan sabun tidak mudah berbuih dan mengakibatkan pembaziran sabun. Pakaian yang sering dicuci dengan air keras pula, akan menyebabkan gentian pakaian mengeras dan mudah terkoyak. Situasi-situasi lain seperti kulit dan rambut rasa melekit selepas mandi, masa yang diambil untuk memasak kacang atau daging menjadi panjang, serta mendapan berwarna putih semasa memasak air adalah diakibatkan oleh air keras. Selain itu, meminum terlalu banyak air keras juga akan menyebabkan iritasi gastrousus, kembung perut, cirit-birit, flatulens mahupun batu karang dalam ginjal. Mendapan berwarna putih akan terbentuk pada bahagian dalam teko atau termos yang digunakan untuk jangka masa yang panjang. Mendapan berwarna putih ini ialah kalsium karbonat, magnesium karbonat dan unsur surih lain yang berbahaya kepada kesihatan kita seperti merkuri, kadmium, arsenik dan plumbum. Jika mendapan berwarna putih ini tidak dibersihkan dengan segera, dan bekas itu digunakan untuk memasak atau menyimpan air lagi, longgokan bahan berbahaya tersebut akan melarut semula di dalam air. Apabila kita meminum air tersebut, ia akan menyebabkan ketoksikan kronik dan penyakit yang serius. Justeru itu, bagi kawasan di mana kekerasan bekalan air terlalu tinggi, air haruslah dilembutkan sebelum digunakan ataupun diminum.

Keberkesanan
 

Dengan penggunaan resin pertukaran kation yang boleh menukarkan kalsium dan magnesium dalam air keras kepada ion sodium, kita dapat melembutkan air keras. Dalam proses pelembutan, sodium akan digunakan secara beransur-ansur bagi mengurangkan kesan pelembutannya. Proses pemulihan diperlukan untuk memulihkan keberkesanan resin, iaitu dengan mencucinya dengan air garam pada kepekatan tertentu mengikut jangka masa tertentu.

Prinsip
 

Ion kalsium dan magnesium ditukarkan dengan ion sodium resin, pertukaran kation bagi mengurangkan kepekatan ion kalsium dan magnesium di dalam air. Tindak balas kimia ini adalah seperti berikut:

  • Ca2++2Na-EX→Ca-EX2+2Na+1
  • Mg2++2Na-EX→Mg-EX2+2Na+1

EX yang di atas melambangkan resin pertukaran kation. Resin pertukaran kation ini menggabungkan ion kalsium dan magnesium serta membebaskan kandungan sodium di dalamnya. Oleh itu, kita perlu mencucinya mengikut jadual bagi memulihkan kandungan ion sodium.

 
Awas
 
  1. Resin pertukaran kation digunakan untuk mengurangkan kekerasan air. Namun, ini tidak bermakna air dengan kekerasan lebih rendah adalah baik untuk kesihatan kita. Justeru itu, kami hanya mencadangkan pemasangan pelembut air ini di tempat di mana kekerasan air adalah melebihi julat normal.

  2. Resin pertukaran kation dalam pelembut air hanyalah untuk melembutkan air. Ia tidak dapat menghilangkan sisa bahan kimia, bahan tidak organik, racun perosak atau klorin dalam air. Maka, kita juga harus memasang sistem Imperial Water untuk menikmati air minuman yang lebih berkualiti dan bersih.

TOP