|
|
Batu Rawatan SPA |
 |
 |
| |
|
Tiga unsur penting
dalam kehidupan |
| |
-
Intipati- Air bertenaga
bagaikan darah dalam
tubuh manusia. Ia
membolehkan peredaran
unsur bumi untuk memberi
semangat dan tenaga
kepada badan kita.
-
Tenaga- Udara dan
oksigen yang tidak
berbentuk, berwarna atau
berbau berasal daripada
perubahan unsur bumi dan
pengewapan air. Ia wujud
di seluruh alam semesta
yang memelihara dan
mengekalkan semua benda
hidup di bumi.
-
Semangat- Ia adalah
pusat Sistem Solar yang
membekalkan tenaga solar
untuk menerangi bumi,
mengurniakan semangat
dan tenaga untuk
menggalakkan pertumbuhan
dan aktiviti semua benda
hidup.
|
|
|
KEISTIMEWAAN |
| |
|
Kajian
saintifik telah membuktikan
bahawa semua benda hidup
menghasilkan medan suhu,
elektrik dan magnetik
sendiri secara semulajadi
yang membentuk satu “saluran
informasi biologi”. “Saluran
informasi biologi” pula
membentuk sel hidup dalam
organisma yang terdiri
daripada air dan sebatian
polimer. Ia membebaskan
spektrum tenaga yang
dinamakan tenaga atau “Qi”.
Tenaga yang menunjukkan
semangat organisma ini juga
sepadan dengan tenaga dalam
alam semulajadi.
Tidak kira apa juga aktivti
yang sedang dijalankan, kita
sentiasa menggunakan tenaga
dalam badan kita. Oleh itu,
kita memerlukan bekalan
sumber tenaga daripada alam
semulajadi seperti, cahaya
matahari, udara, air dan
makanan, untuk menggantikan
tenaga dalam badan kita.
Proses metabolisme badan
kita mencerna sumber
semulajadi ini dan
menukarkannya kepada zat
yang boleh diserap oleh tisu
dan sel badan kita bagi
menggantikan tenaga dalam
badan yang telah digunakan.
Tenaga yang diperlukan oleh
badan kita adalah tenaga
dalam seluruh alam semesta
yang dinamai “intipati”,
“tenaga” dan “semangat”. |
|
|
PANDUAN PENGGUNAAN |
| |
| Masukkan
Batu Rawatan SPA ke dalam
tab mandi dan isikan air
sejuk atau air suam mengikut
keperluan anda sehingga 70%
penuh. Biarkannya selama 20
minit sebelum anda berendam.
Untuk kesan terbaik,
berendamlah selama 30 minit. |
|
|
KESAN |
| |
Mandi air sejuk -
Menguatkan sistem
pernafasan, sistem saraf,
sistem pencernaan dan
lain-lain. Ia juga dapat
mencegah penyakit
pernafasan seperti
selesema dan bronkitis.
Mandi air panas -
Merangsang kulit kita
sehingga ke tisu
subkutaneus,
meningkatkan peredaran
darah, melajukan
metabolisme, menguatkan
sistem pengimunan agar
badan kita lebih kuat
dan bersemangat.
Mandi kaki (dengan
air suam pada 40°C)-
Merawat tanda tekanan
darah tinggi. Mandi kaki
selama 30 minit dapat
mengurangkan tekanan
darah sebanyak 10mmHg.
|
|
|
KEGUNAAN ISTIMEWA
DAN KESAN |
|
|
Mandi alkohol -
Isikan tab mandi dengan
air suam (40℃) sehingga
70% penuh. Masukkan Batu
Rawatan SPA dan 3 botol
wain beras, kemudian
berendamlah selama 20-30
minit. Ini dapat
meredakan sakit badan
dan sengal-sengal.
Mandi garam -
Masukkan Batu Rawatan
SPA ke dalam tab mandi.
Isikan air sehingga 70%
penuh dan tambahkan 600g
garam kasar, kemudian
berendamlah selama 20-30
minit. Ini dapat
meredakan penyakit
kronik, penyakit kulit
dan sakit badan.
Mandi halia -
Isikan tab mandi dengan
air suam (40℃) sehingga
70% penuh. Masukkan Batu
Rawatan SPA dan air
halia lebih kurang
100~200cc, kemudian
berendamlah selama 20-30
minit. Ini dapat
meredakan kesan
kesejukan pada tangan
dan kaki, tidak tahan
sejuk dan
ketidakselesaan badan.
|
|
|
AWAS |
|
|
|
Semasa berendam di dalam air
suam, pastikan anda meminum
air yang secukupnya bagi
mengelakkan penyahhidratan
akibat perpeluhan yang
melampau. |
|
TOP |