Laman Utama > Produk > Genuisis
  Print   Bookmark
Pengenalan Kenapa Memilih Genuisis
Soal-Jawap Mengenai Produk Dos Pengambilan
Testimoni Pengujian Makmal / Sijil Produk
Apakah EQ  
Testimoni

 
Testimoni 1
Secara peribadi, saya berminat dan suka mengambil makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan diri. Demi untuk meningkatkan kecerdasan otak anak perempuan saya, saya memberikannya Genuisis. Sebenarnya kesihatan Pei Ni tiada apa-apa masalah, cuma dia agak aktif dan mudah cepat marah. Hanya selepas mengambil 2 kotak Genuisis, saya dan isteri saya telah memperhatikan perubahan yang ketara berlaku pada Pei Ni. Dia tidak lagi beremosi seperti dulu dan juga tidur lena pada waktu malam. Pei Ni juga tidak lagi bermimpi negri dan mengerit gigi seperti dahulu.

Bapa: Ho Kum Fatt, 47 tahun (Cheras)
Anak perempuan: Ho Pei Ni, 7 tahun

Testimoni 2
Terdapat pelbagai jenama susu tepung di pasaran yang diperkaya dengan rumusan DHA, AA dan sebagainya untuk meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak. Namum, saya percaya hanya produk yang sejati dan berkualiti tinggi dapat memberikan hasil yang ketara. Genuisisyang mengandungi DHA, teratai, centella asiatica, and spirulina adalah sangat berkhasiat untuk perkembangan otak, maka ia telah menjadi pilihan yang terbaik bagi diri saya dan anak saya.

Memang selama ini Wen Heuy mengalami masalah tidur. Dia selalu terjaga pada tengah malam dan juga tidak tidur lena pada waktu petang. Di samping itu, dia memang berkecenderungan hiperaktif. Selepas sebulan mengambil Genuisis, Wen Huey dapat tidur dengan lena dan tidak lagi terjaga pada tengah malam.

Daya ingatan dan daya penumpuan saya merosot selepas menjalani pembedahan. Maka untuk merasai keberkesanan Genuisis, saya sendiri juga memakan produk ini. Kini saya lebih cerdas otak, daya ingatan dan daya penumpuan saya turut bertambah baik selepas mengambil Genuisis!

Ibu: Tham Hap Yi, 30 tahun (Kuala Lumpur)
Anak Perempuan: Phang Wen Huey, 1 tahun

Testimoni 3
Pencapaian akademik Jakcy memang tidak memuaskan sejak dari darjah 1 dengan purata markah bagi kebanyakan subjek kurang daripada 50. Kelas bimbingan seorang ke seorang juga tidak banyak membantunya. Tetapi selepas mengambil Genuisiskurang daripada tiga bulan, tidak disangka-sangka Jacky mendapat keputusan A dalam semua ujian pertengahan lalu dengan markah terendah melebihi 80. Cikgunya juga turut terkejut dengan pencapaiannya yang begitu cemerlang.

Berbeza pula dengan Hui Shuan yang selama ini memang cemerlang dalam persekolahannya, maka tiada perubahan ketara diperhatikan dalam pencapaian akademiknya. Namun begitu selera makannya bertambah kuat selepas mengambil Genuisis. Dia juga dapat tidur dengan lebih lena dan kelihatan lebih sihat lagi!

Bagi diri saya pula, saya berasa lebih berlidah fasih dan lebih berkeyakinan bila masa membuat penerangan pelan pemasaran kepada pelanggan saya. Genuisis sememangnya produk yang hebat untuk kecerdasan otak!

Ibu: Chan Lian Tai, 36 tahun (Negeri Sembilan)
Anak lelaki: Jacky Ngan Tan Lok, 12 tahun
Anak perempuan: Ngan Hui Shuan, 8 tahun

Testimoni 4
Jun Kai berumur 8 tahun dan mengidap penyakit Sindrom Down. Kini dia belajar dalam kelas khusus di sebuah sekolah Kebangsaan. Masalah utama Jun Kai adalah pertuturan di mana dia tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Percakapannya juga begitu lemah sekali hinggakan kadang-kadang kita langsung tidak mendengar sebarang suara keluar dari mulutnya.

Seorang kawan memperkenalkan Genuisis kepada saya dan selepas Jun Kai mengambil produk ini untuk satu tempoh masa, dia mula dapat menguasai percakapannya dengan lebih baik. Kini Jun Kai dapat menumpukan perhatian dalam pembacaan dan mampu belajar dari rancangan TV. Dia juga lebih initiatif untuk membaca dan belajar sendiri tanpa pengawasan saya.

Selain itu, saya juga perasan bila masa Jun Kai menonton rancangan kuiz kanak-kanak, dia mampu menjawab soalan yang dikemukakan sebelum jawapan diberikan oleh pengacara. Sungguhpun Jun Kai masih tidak dapat bertutur dengan fasih, tetapi keadaanya telah jauh bertambah baik berbanding dahulu.

Ibu: Chee Lih Mun, 37 tahun (Rawang)
Anak lelaki: Chan Jun Kai, 8 tahun

Testimoni 5
Anak saya berumur 8 tahun dan menghidap Sindrom Down. Sejak kelahirannya, saya selalu mengikuiti nasihat doktor untuk membimbingnya menjalani kehidupan normal. Namun saya paling berharap dia dapat meningkatkan kebolehannya dalam pertuturan agar kami dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

Saya mengetahui berkenaan Genuisis baru-baru ini dan menggalakkan Brian mengambil produk ini demi untuk memperbaiki keupayaan dirinya secara keseluruhan. Saya berasa lega apabila melihat perubahan yang signifikan berlaku pada Brian hanya dalam masa yang singkat sahaja.

Apa yang terjadi pada Brian memang di luar jangkaan saya. Genuisis telah membantu meningkatkan kebolehan pertuturannya dan kini dia dapat melahirkan perasaannya dengan lebih baik. Apabila ditanyakan sesuatu soalan, Brain juga dapat menjawab dengan lebih cepat, tepat dan fleksibel sekali. Dia juga dapat menumpukan perhatian dalam pembelajarannya.

Ibu: Sheryll Chan, 50 tahun (Cheras)
Anak lelaki: Brian Lee, 8 tahun

Testimoni 6
Anak saya Angel Wong kini berumur 11 tahun dan dia mula mengambil Genuisis sejak Januari 2009. Sebelum ini Angel memang seorang budak yang pelupa. Dia selalu tidak dapat menumpukan perhatian semasa dalam peperiksaan dan mudah lupa apa yang telah dipelajarinya. Berbanding dengan rakan-rakan sebayanya, Angel juga tidak setangkas mereka. Selepas mengambil Genuisis, daya ingatannya bertambah baik dengan ketara sekali. Dia lebih cerdas otak sekarang dan mampu menjawab semua soalan dalam peperiksaannya. Selain itu, masalah sembelitnya juga berkurangann setelah mengambil Genuisis.

Ibu: Chai Lee Chin, 47 tahun (Kuching)
Anak Perempuan: Angel Wong, 11 tahun

Testimoni 7
Xin Yee adalah anak alang, malangnya dia tidak sesihat abang-abangnya. Dia dilahirkan tidak cukup bulan. Oleh kerana komposisi darah Xin Yee tidak normal, dia terpaksa tinggal dalam unit rawatan rapi selama sebulan sejak lahir.

Xin Yee dibenarkan keluar hospital selepas sebulan. Tetapi selepas seminggu itu, dia mengalami refluks susu di hidung semasa meminum susu. Kami segera membawanya ke hospital pada pukul 3a.m. Pada pukul 7a.m, doktor memberitahu kami kemungkinan besar dia akan menjadi koma atau cacat sungguhpun dia dapat bangun semula. Seperti apa yang dijangkakan, Xin Yee berada dalam keadaan koma sejak itu.

Dalam tiga tahun ini, saya selalu membawa Xin Yee pergi ke hospital untuk rawatan mengikut jadual yang ditetapkan. Namum keadaannya tidak berubah seperti dahulu. Badannya masih kejang dan kaku setiap hari dan matanya tidak pernah terbuka sejak koma. Pada awal 2009, saya terjumpa dengan Ah Quek dan dia memperkenalkan Genuisis kepada saya. Sejak hari itu keajaiban telah berlaku pada Xin Yee.

Hanya 3 hari selepas Xin Yee mengambil Geniusis, matanya sudah mula berguling. Sebulan kemudian otot badannya yang kaku pula mula mengendur dan dia dapat bergerak kaki dan tangannya. Masalah Kekejangan Xin Yee turut berkurangan serta dia dapat meninja dengan senang. Suatu hari, saya ternampak dia terjatuh dari katilnya. Ini bermakna Xin Yee mampu berpusing badannya dengan sendiri dan kejadian ini memang paling menggembirakan saya!

Awal tahun 2009, doktor telah membantu Xin Yee memohon kad pengenalan pesakit koma/cacat. Tapi kini kad ini tidak lagi perlu kerana doktor telah mengesahkan Xin Yee sudah dapat melihat dan mendengar. Saya amat bersyukur kepada Dynasty Worldwide kerana memberi satu peluang kepada Xin Yee untuk menjalani kehidupan yang lebih baik!

Ibu: Loh Soh Chau, 37 tahun (Cheras)
Anak perempuan: Lai Xin Yee, 3 tahun

Testimoni 8
1) Yuki: Daya ingatan Yuki agak lemah dan dia selalu tidak ingat apa yang sudah dipesan atau diajar. Selepas mengambil Genuisis untuk suatu jangka masa pendek, daya ingatannya bertambah baik dan pencapaian akademiknya juga menunjukkan kemajuan yang menggalakkan.

2) Chester: Seorang budak lelaki yang panas baran dan cepat marah. Selepas mengambil Genuisis, emosi dan daya ingatannya telah betambah baik. Kini dia mampu menceritakan kepada ibunya semua perkara yang berlaku di sekolah. Daya ingatannya yang bagus juga memeranjatkan gurunya.

3) Beverly: Semasa Beverly berumur satu tahun, dia masih tidak tahu bercakap walaupun kadang-kadang dia dapat menyebut perkataan yang langsung tidak difahami oleh kami. Selepas mengambil Genuisis, dia dapat menguasai pertuturannya serta menyampaikan perasaannya dengan lebih baik lagi. Tambahan pula, daya ingatannya turut meningkat!

Ibu: Winnie Thien, 35 tahun (Kuching)
Anak perempuan: Yuki Vong, 10 tahun
Anak lelaki: Chester Vong, 5 tahun
Anak perempuan : Beverly Vong, 18 bulan

Testimoni 9
Saya mengetahui tentang Genuisis melalui akhbar dan berasa begitu kagum dengan berita tentang keadaan seorang budak yang mengidap Sindrom Down telah bertambah baik setelah mengambil Genuisis. Daya ingatan saya memang kurang baik selama ini dan saya selalu lupa tentang perkara-perkara yang dipesani. Saya juga bertindak terlalu mengikut perasaan dan mudah cepat marah. Selepas memakan 2 kotak Genuisis, daya ingatan saya telah meningkat dan saya masih dapat mengingati perkara yang berlaku seminggu dahulu. Juga, saya dapat menahan emosi saya dan lebih bersabar sekarang.

Shirley Chai Siaw Hoong, 22 tahun, Cikgu (Kuching)

Testimoni 10
Saya mengalami masalah sembelit yang serius di mana pernah sekali saya tidak meninja selama 9 hari. Saya juga selalu berasa letih, lemah daya ingatan dan tidak dapat menumpukan perhatian semasa bekerja. Ibu saya kemudian mencadangkan saya mengambil Geniusis. Hanya selepas memakan 2 kotak, saya sudah dapat melihat perubahan yang jelas pada diri saya. Masalah sembelit saya sudah diperbaiki dan kini saya dapat meninja setiap hari, paling tidak sekali dalam 2 hari. Daya ingatan saya juga meningkat dan saya dapat mengingati 16 nombor dalam suatu masa yang sama yang mana sebelum ini saya tidak mampu melakukannya.

Amber Yeo Lin Chih, 21 tahun, Pembantu Jualan (Kuching)

TOP